Search

NUH dan NAYLA – Kaseh Aries

RM32.00

Suatu ketika dulu, Nuh adalah pendosa yang membuat seorang Nayla
membenci dan memandangnya dengan jijik.

“Kau manusia jahanam yang merosakkan manusia yang tak berdosa
pada kau.” – NAYLA
Takdir menyatukan Nuh dan Nayla dalam ikatan perkahwinan yang
dirahsiakan. Namun mereka memilih jalan berpisah tanpa lafaz talak.
Takdir juga telah menemukan mereka dalam situasi berbeza. Antara
pembantu dengan cucu majikan.
“Ya. Saya Nayla, Encik Nuh.” – NAYLA
“Dalam rumah ni, jangan panggil ‘encik’ dengan saya.” – NUH
Jika sebelum ini Nuh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami,
tapi kali ini dia cuba untuk berubah.
Kerasnya hati Nayla bagaikan besi ampuh. Malah dia tidak peduli dan
menyokong Nuh untuk menerima Fatimah. Akur dan menghormati
keputusan Nayla, Nuh terpaksa bersetuju walaupun hatinya tidak
berdetak untuk gadis cantik itu.
“Berkahwin dengan Fatimah adalah keinginan dia dan saya sudah pun
bersetuju.” – NUH
Rupanya Nayla sudah tersalah langkah. Tiba-tiba dia berpaling tadah.
Nuh harus dia pertahankan.
“Saya nak awak terus jadi suami saya, Nuh.” – NAYLA
Siapa tahu di sebalik pengakuan itu, ada kisah hitam dan rahsia yang
Nayla simpan. Ada derita yang ditanggung. Dia mempunyai kaitan
dengan bakal jodoh Nuh.
Adakah niat Nayla menghalang perjodohan Nuh kerana cinta, atau
kerana dendam? Siapa Fatimah sebenarnya? Dapatkah ikatan
perkahwinan mereka bertahan?

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 15 × 5 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9786297509013

Jumlah Halaman

505

Penerbit

Kaseh Aries

Penulis

Ieya Sya

Tahun Terbitan

2022