Search

PABILA HATI TULUS MENCINTAI – Kaseh Aries

RM35.00

Pertemuan antara mereka bukan seperti orang lain. Tiada babak sweet atau ayat menggoda. Bukannya acah-acah terlanggar untuk memulakan sebuah perkenalan.

“Hoi! Pencuri! Kejar cepat!”

Baru nak cari ketenangan di negeri orang, tiba-tiba Syed Adri kena tidur lokap hanya kerana salah faham. Mujurlah ada Pak Tam yang banyak membantu.

Mengenali anak gadis Pak Tam, Adry terus jatuh hati. Tapi bukan senang nak pikat Diandra. Selain dari tak suka orang kaya, gadis itu juga agak lasak dan mahir bersilat!

“Saya ikhlas sukakan awak, Cik Diandra.” – SYED ADRI

“Saya tak sukakan awak. Jadi tolong lupakan semua niat awak.” – DIANDRA

Demi mengelak dari terus diganggu, Diandra sanggup mengakui semua perkara yang pernah melibatkan mereka.

“Saya juga yang bertanggungjawab membuatkan awak kena heret masuk dalam lokap.” – DIANDRA

Namun itu tetap tidak menghalang misi Syed Adri untuk memperisterikan Diandra walaupun dilayan dengan buruk. Hinggalah akhirnya Diandra terpaksa mengalah dengan perasaan sendiri.

Baru saja nak rasa bahagia, ada masalah lain pula yang timbul. Rupa-rupanya Pak Tam ada sejarah silam dengan keluarga Syed Adri. Lebih memburukkan keadaan, nenda Syed Adri sudah ada pilihan cucu menantu sendiri.

Mampukah Diandra bertahan demi menggalas amanah yang telah diberi? Apa kaitan Pak Tam dengan keluarga Syed Adry? Sudikah Puan Sri Syarifah Rahmah menerima Diandra sebagai cucu menantu sedangkan dia sudah memilih Irma Fariha?

5 in stock

Additional information

Weight 0.25 kg
Dimensions 13 × 3 × 19 cm
Berat

0.25

Format

soft cover

ISBN

97786297509549

Jumlah Halaman

387

Penerbit

Kaseh Aries

Penulis

Eyra Shazleyra

Tahun Terbitan

2025