RM30.00
“Intan sedar diri sikit boleh? Fikir panjang. Kalau tak kahwin,
siapa nak jaga Intan? Intan kan….
“Saya ni kenapa, mak?” jerit Intan, tangannya menggigil.
***
Semenjak Intan mengetahui keadaan dirinya yang tidak sempurna seperti
wanita lain, dia sudah mematikan harapan untuk berkeluarga. Lebih-lebih
lagi apabila hubungannya pernah terputus tengah jalan kerana perkara itu.
Ketika Intan sudah pasrah, ibunya pula beria-ia mengatur agar Intan
berkahwin dengan calon pilihan. Meskipun berkali-kali Intan menolak,
ibunya tetap berkeras dengan keputusan tersebut.
“Takkan mak nak aniaya awak? Salah ke kalau seorang ibu mahukan
anaknya bahagia?”
Hati Intan luluh berkecai apabila ibunya mula bertindak melampaui batas.
Bagi ibunya, semua demi kebaikan Intan. Namun bagi Intan, cukuplah
sekali hatinya disakiti.
Andai Intan membuka lagi hatinya untuk meraih kebahagiaan yang
diimpikan, mampukah harapan ini mekar, atau dirinya akan kecewa buat
kesekian kali?
Out of stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 4 × 22 cm |
| Berat | 0.35 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672459651 |
| Jumlah Halaman | 334 |
| Penerbit | IMAN PUBLICATION |
| Penulis | Aidil Ghazali |
| Tahun Terbitan | 2023 |