RM49.00
Palestin: Perjuangan Tidak Bernoktah, Sokongan Tidak Bermusim
ialah sebuah karya hasil nukilan seorang ulama’ negarawan, Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang. Dalam buku ini, Tuan Guru
membawakan isu yang cukup kompleks dengan cara yang ringkas dan
menyeluruh. Berdekad-dekad lamanya episod penderitaan rakyat
Palestin dirangkumkan dalam satu naskhah yang komprehensif untuk
memudahkan buku ini menjadi sumber rujukan bagi sesiapa sahaja
yang ingin memahami isu Palestin secara telus dan adil.
Buku ini membawa pembaca menelusuri kronologi penindasan dan
sejarah pembantaian yang dilakukan terhadap rakyat Palestin melalui
siri perjanjian dan pelan yang bersifat berat sebelah, antaranya
Perjanjian Sykes-Picot, Perisytiharan Balfour, Perjanjian Camp David,
dan rancangan pemetaan jalan (road map) baharu Palestin. Dan
akhirnya membawa kepada normalisasi hubungan dengan Israel dan
pelaksanaan agenda penyatuan agama-agama lbrahimiah yang
didalangi oleh Yahudi Zionis melalui Amerika Syarikat.
Tujuan penulisan ini supaya para pembaca dapat menilai kembali
plot-plot terancang yang disusun untuk melemnahkan umat Islam,
khususnya rakyat Palestin yang berjuang bermati-matian untuk
mempertahankan tanah suci umat Islamn itu. Penžing buat pembaca
memahami isu perjuangan Palestin yang meniadi paangan utama
seluruh umat, sekali gus menyemarakkan kebangkikan islam demi
pembebasan bumi al-Quds sebagai kiblat perjuangan akhir zaman.
4 in stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 16 × 3 × 24 cm |
| Berat | 0.35 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672739388 |
| Jumlah Halaman | 289 |
| Penerbit | PERMATA UMMAH |
| Penulis | TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG |
| Tahun Terbitan | 2024 |