Search

Pasrah Cinta Maryam – Kaseh Aries

RM24.00

Benar, Maryam Azifa cintakan Izz Adam setengah mati. Namun dia
terpaksa melukakan hati si jejaka walaupun hatinya sendiri lebih terluka.
Semuanya kerana kasih seorang anak kepada ayahnya.

“Yam minta maaf. Yam tak cintakan abang lagi. Dalam hati Yam dah ada
orang lain.” – Maryam

“Abang akan pastikan Yam menyesal sebab dah khianati cinta kita
– Izz Adam

Siapa sangka akhirnya Izz muncul kembali di depan mata. Namun
kedatangannya bukan untuk Maryam. Dia muncul untuk mencipta
bahagianya di depan mata Maryam.

“Kau cemburu bila dapat tahu aku bakal bertunang dengan Mia, kan?”
– Izz Adam

“Yam akan cemburu kalau abang masih menjadi hak Yam. Sekarang ni,
abang bukan hak Yam lagi.” – Maryam

Namun kejadian hitam itu telah memaksa Maryam kembali ke lembah
derita. Air mata menjadi peneman di saat hatinya dirobek setiap saat.

“Aku tak nak digelar suami yang dayus. Tapi itu bukan bererti aku boleh
terima kau semula dalam hidup aku.” – Izz Adam

“Yam tahu, dan Yam pun dah tak harapkan apa-apa lagi daripada abang.”
– Maryam

Sukarnya untuk terus bertahan apabila menjadi insan yang paling dibenci
oleh suami sendiri. Namun apabila hati Maryam sudah tawar, mengapa Izz
kembali merayu cintanya semula? Kerasnya hati Maryam terlalu sukar
untuk Izz lembutkan. Masihkan ada Izz Adam di hati Maryam Azifa?

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 18 × 5 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789672035763

Penerbit

Kaseh Aries

Penulis

Cik Tet