RM28.90
Di tempat kerja, Azmi sehingga kini masih lagi meratapi
pemergian isteri kesayangannya yang sudah meninggal dunia
akibat kemalangan ngeri. Setiap hari dia tidak bosan menatap
wajah Salina pada bingkai gambar di atas mejanya. Hairi yang
merupakan rakan sekerja dan sahabat karibnya, pening
memikirkan bagaimanakah caranya untuk membantu sahabatnya
itu yang didapati semakin lama semakin hanyut dalam dunia
lamunannya
Malam itu, Azmi terpegun melihat wanita mirip Salina,
sedang tersenyum menunggunya di pinggir katil itu. Walaupun dia
tahu itu bukanlah isterinya, namun itu tidak menjadi masalah buat
dirinya. Biarlah hanya tubuh dan wajahnya sahaja yang betul-betul
‘Salina’, Azmi sudah cukup berpuas hati. Biarpun syirik
perbuatannya itu, Azmi tidak kisah asalkan dia dapat peluang untuk
menikmati saat-saat indah yang hadir hanya sekali seminggu,
melepaskan rindu dendamnya pada isteri tercinta.
Adakah Azmi akan terus memilih untuk tenggelam dan
terpisah dari realiti? Apakah dia mampu untuk melepaskan diri dari
genggaman pendamping puaka yang semakin lama semakin hebat
membelenggu hidupnya itu?
Segalanya akan terjawab dalam novel seram percintaan
berpuaka ini.
Out of stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14 × 4 × 20 cm |
| Berat | 0.35 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672394105 |
| Jumlah Halaman | 542 |
| Penerbit | Karya Publika |
| Penulis | Mohd Nadzri Kamsin, Syamzaily Musa |
| Tahun Terbitan | 2020 |