Search

PEREMPUAN DAN SEJUTA EKSPEKTASI – Tentang Kita

RM49.00

Tetaplah bermanifestasi walau terkadang dibunuh kejam oleh ekspektasi. Setidaknya kau tahu kau sedang mencuba dan graf kehidupan kau tidak hanya menyentuh garis lurus “stagnant”.

Kau tidak perlu bermuram durja sepurnama; cukup hanya menawarkan senyuman walau ketika dunia sedang tidak baik-baik sahaja.

Atau mungkin menakung sejenak air mata yang tidak tertahan kerana kita sedang bertempur mengharungi hidup yang kadang tidak ramah ini.

Atau mungkin juga kau boleh berteman dengan sepi dan berkawan dengan alam untuk sesi rehat dan rawat diri dari berkunjung ke rumah kesedihan yang kian beratap di sebuah danau kecil yang berbentuk hati.

Dan pada akhirnya; air mata adalah bukti di mana kau bertahan begitu kuat untuk menvalidasi perasaan sebagai manusia dan bukannya robot semata.

Dan pastinya perihal malam adalah waktu yang paling jujur serta bantal menjadi saksi air mata kau diseka perlahan

8 in stock

Additional information

Weight 0.25 kg
Dimensions 14 × 2 × 19 cm
Berat

0.25

Format

soft cover

ISBN

9786297722009

Jumlah Halaman

136

Penerbit

TENTANG KITA.

Penulis

Bunga Fina

Tahun Terbitan

2024