RM70.00
Dengki, hasad dan dendam lalah barah yang wujud sejak ada kehidupan alam ini.
Apabila dendam dan iri hati melanda, tiada jalan lain yang dipilih melainkan perbuatan
mensyirikkan Allah ini. Terkena buatan orang, terkena santau, disihir sehingga bercerai
dan dipukau sampai kehilangan semua duit. Semua ini ialah realiti yang berlaku dalam
masyarakat sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini.
Buku Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ini ialah buku
ketiga dalam siri Perubatan Al-Quran. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian.
Bahagian 1: Memahami Alam Jin
Bahagian 2: Memahami Gangguan Sihir dan Saka Keturunan
Bahagian 3: Kaedah Rawatan dengan Al-Quran
Bahagian 4: Jurnal Pesakit
Setiap bahagian disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua
golongan. Ia padat dengan maklumat yang sukar diperoleh dan jarang dibincangkan.
Buku ini juga dapat membantu pembaca supaya lebih memahami simptom terkena
sihir serta perbezaannya dengan penyakit biasa. Benarkah tekanan darah naik, jantung
berdebar, sakit di sendi-sendi, sesak nafas, pening atau sakit kepala, penyakit kulit
seperti ekzema dan lain-lain mempunyai kaitan dengan sihir?
Mengapa kita sering kali mendengar kisah pihak perubatan moden tidak dapat
mengenal pasti punca tanda-tanda penyakit di atas? Bahkan setelah berkali-kali
menjalani rawatan dan berhabis ribuan ringgit, penyakit tidak juga hilang. Mengapa?
Adakah ayat-ayat al-Quran hanya sebagai penawar kepada saka? Atau ia mampu
mengubati segala penyakit di atas?
Buku ini mendedahkan “the power of quranic medicine”. Kaedah rawatan yang
dinyatakan dalam buku ini ialah dengan amalan bacaan ayat-ayat al-Quran dan juga
ibadah-ibadah lain yang boleh dibuat sendiri oleh mangsa sihir atau ahli keluarganya.
Buku ini sesuai untuk bacaan seisi keluarga yang ingin menambah ilmu pengetahuan
tentang gangguan jin, sihir dan saka dan cara-cara penyembuhan melalui perubatan
al-Quran.
Percayalah, tiada yang mustahil dengan izin Allah SWT!
Out of stock
| Weight | 0.45 kg |
|---|---|
| Dimensions | 17 × 5 × 24 cm |
| Berat | 0.45 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672250913 |
| Jumlah Halaman | 371 |
| Penerbit | MUST READ SDN. BHD. |
| Penulis | Haji Lokman Abdul Hamid |
| Tahun Terbitan | 2021 |