RM45.00
Kanser adalah antara penyakit kronik yang paling ditakuti pada zaman
kini. Ada kalanya ia hadir tanpa sebarang amaran, namun meninggalkan
kesan yang begitu mendalam terhadap penghidapnya dari segi fizikal dan
emosi. Ia menyerang segenap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina
dan latar belakang, seawal usia masih bayi sehinggalah mereka yang
sudah lanjut umurnya.
Statistik kanser yang direkodkan saban
saban tahun
tahun menujukkan
peningkatan angka yang amat membimbangkan. Justeru, buku ini ditulis
khas bagi merungkai permasalahan kanser serta memberi pencerahan
kepada para penghidap dan penjaga pesakit kanser, yang mahu
memahami penyakit ini dengan lebih mendalam.
Antara topik utama yang difokuskan adalah:
1. Pengertian Kanser
2. Punca-punca Kanser
3. Rawatan Moden untuk Kanser
4. Rawatan Kanser Melalui Ayat Suci al-Quran
5. Amalan Hidup Sihat Tanpa Kanser
Buku ini juga memuatkan cerita-cerita sebenar para pesakit kanser
yang telah menjalani rawatan secara moden, mahupun pengamalan
pembacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai ikhtiar dalam mengubati
kanser. Mereka turut berkongsi pelbagai panduan dan tip dalam
menghadapi penyakit ini, yang dapat dijadikan panduan dan diambil
iktibar dalam kehidupan seharian.
“Dan Kami turunkan dari ayat al-Quran itu penawar dan
rahmat bagi orang yang beriman; dan tidak menambahkan
orang yang zalim kecuali kerugian.”
(Surah al-Isra’ 17: ayat 82)
Out of stock
| Berat | 0.4 |
|---|---|
| ISBN | 9789672250449 |
| Jumlah Halaman | 261 |
| Penerbit | MUST READ SDN. BHD. |
| Penulis | Haji Lokman Abdul Hamid |
| Tahun Terbitan | 2019 |