RM28.00
Dua kali mendiami rumah flat memberi pengalaman berbeza buat diri Zara.
Pengalaman pertama menyewa di rumah flat bersama-sama rakan sekampung.
Semenjak duduk di situ, pelbagai masalah hadir kerana dirinya. Anak patung
beruang pemberian arwah nenek turut menjadi mangsa. Gelang emas pemberian
atuk sebelum menghembuskan nafas terakhir juga menjadi perbalahan. Kata
mereka, dia ada sakal Zara tetap pertahankan dirinya sehingga pada satu tahap,
dia dihalau keluar dari rumah sewa itu. Pengalaman kedua amat bermakna buat
dirinya kerana tinggal bersama suami yang baru dikenali. Tetapi sekali lagi Zara
diuji. Dia berkeinginan yang bukan-bukan! Kata rakan suaminya, ada yang tidak
suka akan perkahwinan mereka.
Hutang nyawa dibalas nyawa! / ZARA
Riyad, seorang editor berpindah ke rumah flat di Taman Megah kerana tempat
tinggalnya yang lama agak jauh dengan pejabatnya di Syarikat Kalam Ilham.
Setelah berpindah ke flat itu, Riyad sering diganggu wanita yang mati bunuh diri
dengan terjun dari bangunan flat itu. Pada suatu hari, Riyad melihat laptopnya
tersedia dengan cerita seram yang dia sendiri tidak taip. Riyad beranggapan
wanita yang sering muncul itu ingin menyatakan sesuatu. Kebetulan ketika itu dia
mewakili syarikatnya dalam pertandingan penulisan kisah seram. Dari hari ke hari,
manuskrip seram yang sepatutnya ditulis oleh Riyad semakin bertambah muka
surat. Sejak itu, Riyad cuba menyiasat kejadian sebenar di flat itu bersama-sama
Joe dan Hafiz juga penghuni di situ. Siapakah wanita itu sebenarnya?
Pabila dendam menjadi raja / MANUSKRIP
Wani amat menyukai permainan cari kata. Ke mana sahaja dia pergi, buku
itu akan menjadi penemannya. Namun ada sesuatu yang pelik terjadi. Jawapan
cari kata itu seolah-olah benar dan menjadi klu kepada kehilangan seseorang
yang tidak dikenalinya. Setiap malam tiga perkataan yang dijumpainya akan
dikumpulkan supaya mereka dapat mencari maksud sebenar di sebalik perkataan
itu. Keterujaan itu bukan hanya Wani, tetapi ada lagi beberapa orang yang turut
membayangkan permainan itu mempunyai makna tersendiri. Ini membuatkan ada
makhluk yang tersenyum lebar, menantikan mangsa yang kecundang di dalam
permainan itu menjadi korban. Flat tinggal itu menjadi saksi tiada sesiapa yang
bakal keluar daripada permainan itu sehinggalah kau berpijak di dunia yang nyata!
Permainan biasa tetapi bermain dengan bayangan luar biasa / KLU
Out of stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 18 × 5 × 22 cm |
| Berat | 0.35 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789674980863 |
| Jumlah Halaman | 367 |
| Penerbit | BUKU PRIMA |
| Penulis | Afieyza Isahak, Aziah Zainal, Nasa Yusof |
| Tahun Terbitan | 2022 |