RM30.00
Vie Alea punyai impian dan ciri-ciri tertentu untuk siapa yang mahu
menjadi pasangannya. Sehinggalah dia bertemu dengan Zill Syakeeb
yang menepati cita rasanya itu.
“You selamatkan I dua kali hari ni.” – Alea
“Selamatkan you berkali-kali pun I sudi, Alea.” – Zill
Dalam hebat dilamun cinta, seorang pemuja rahsia dari zaman belajar
dahulu kembali muncul dalam hidup Alea. Bezanya dahulu dia hanya
seorang lelaki biasa. Tapi sekarang bagaikan putera impian dara.
Cuma persamaannya, perasaan si pemuja masih sama dan dia
sentiasa menjadi penyelamat Alea di kala susah.
“Ya, ni akulah… Aiden. Takkan kau tak kenal aku lagi, Vie?” – Aiden
“Lainnya.” – Alea
“Maksud kau… aku dah kurus? Gemuk sangat ke aku dulu, Vie?”
– Aiden
Sekali lagi Aiden terpaksa melupakan cintanya apabila si gadis pujaan
sudah dilamar putera impiannya. Sehinggalah berlaku kejadian di
mana Aiden kembali menjadi penyelamat Alea. Dalam keadaan
terdesak, perkahwinan menjadi jalan penyelesaian.
“Please… marry me, Aiden.” – Alea
“I’m right here for you.” – Aiden
Apa kejadian yang membuatkan Alea berubah fikiran? Antara cinta Zill
dan keikhlasan Aiden, kedua-duanya ada halangan yang tidak dapat
dileraikan. Lelaki ibarat putera impian dengan jelmaan kesateria, yang
manakah bakal mengetuk hati Alea?
Out of stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 4 × 22 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672035978 |
| Jumlah Halaman | 439 |
| Penerbit | Kaseh Aries |
| Penulis | Emmiyya |
| Tahun Terbitan | 2022 |