RM14.00
Fenomena mati suri adalah salah satu misteri besar dalam kehidupan manusia. Perbahasan
mati suri bukanlah setakat berhubung kait dengan perkara-perkara perubatan yang sifatnya
duniawi, tetapi juga membahaskan dan membincangkan tentang dunia yang tidak ada pada masa
kasar. Mati suri tidak cukup untuk difahami oleh pemikiran manusia yang serba rasional kerana
ia adalah hal tidak rasional yang sangat tipis batasannya dengan hal rasional. Bagaimana mungkin
seseorang yang dihukum meninggal dapat hidup normal semula seperti manusia yang hidup.
Pertanyaan seperti itu sering mengiringi kisah-kisah tentang orang yang mati suri.
Tidak sahaja pada zaman sekarang ini, bahkan di kalangan ulama Islam juga ada yang pernah
mengalami pengalaman yang kini dikenali sebagai mati suri. Ibnu Al-Jauzi menyebutkan dalam
karyanya Kitab Al-Alqaab tentang seorang pemimpin bergelar Haamilu Kafanihi (orang yang
membawa kafannya). Beliau adalah Abu Said Muhammad Bin Yahya Al-Bazzaaz Ad-Dimasyqi.
Gelaran itu diberikan kepadanya berikutan kejadian yang dialaminya. Suatu ketika beliau telah
dianggap wafat, lalu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan kemudian dikuburkan. Di malam
pertama kematiannya, datanglah seseorang yang mahu mencuri kain kafannya. Ketika pencuri
itu menggali kubur dan mahu mengambil kain kafannya, tiba-tiba beliau bangun dari kuburnya
menyebabkan pencuri itu lari ketakutan. Dan Abu Said pun kembali kepada keluarganya dengan
memakai kain kafannya. Disebabkan perkara inilah beliau digelar Haamilu Kafanihi. Dan hari-
hari selanjutnya, beliau hidup seperti biasa sebagaimana manusia yang lain.
9 in stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 17 × 4 × 22 cm |
| Berat | 0.35 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789670528434 |
| Jumlah Halaman | 193 |
| Penerbit | JASMIN PUBLICATION |
| Penulis | Muhammad Luthi Ad-Diyar |
| Tahun Terbitan | 2014 |