RM34.00
Perubatan Ibnu Sina mungkin belum
lagi terkenal di negara ini. Perubatan
Ibnu Sina, di sebalik usianya yang telah
pun mencapai angka seribu tahun,
masih lagi diamalkan secara serius dan
efektif di India, Pakistan, Bangladesh,
Asia Tengah, dan Eropah. Malah, di
India, Pakistan, dan Bangladesh,
perubatan ini semakin berkembang
dengan pesat, malah turut diajar di
beberapa buah universiti sehingga ke
peringkat Doktor Falsafah.
Oleh itu, buku ini amat penting dimiliki oleh individu
yang mahu mengkaji rahsia kemujaraban Perubatan Ibnu
Sina, khususnya berkaitan bentuk-bentuk rawatan umum yang
diamalkan dalam perubatan ini semasa merawat pesakit.
Kaedah rawatan secara pencaharan, pemuntahan,
perdarahan, bekam, enema, penurisan, penggunaan lintah,
kauteri, dan sebagainya perlu diketahui dan difahami terlebih
dahulu sebelum kita meneroka bentuk-bentuk rawatan khusus
yang melibatkan penyakit-penyakit yang khusus bagi setiap
organ tubuh.
Out of stock
| Weight | 0.3 kg |
|---|---|
| Dimensions | 16 × 3 × 22 cm |
| Berat | 0.3 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789671152096 |
| Jumlah Halaman | 200 |
| Penerbit | Pustaka HILMI |
| Tahun Terbitan | 2019 |