RM32.00
Pengorbanan paling besar seorang Luthfia apabila dia terpaksa
mengkhianati Eshan dan berkahwin dengan Zarul. Mencintai tak
semestinya memiliki, itu yang Luthfia ratibkan saat hatinya
menangis melihat Eshan. Yang paling utama, aib perlu ditutup.
“Perempuan jijik macam kau tak layak bercakap pasal hak
dengan aku.” – Zarul
Tiga tahun bergelar isteri Zarul, dia mengusung derita. Setiap
hari dia perlu berjuang untuk terus hidup walaupun mental dizalimi
dan fizikalnya dikasari.
Dan tatkala takdir menemukan dia kembali dengan Eshan,
Luthfia harus berpura-pura bahagia. Bekerja dengan lelaki itu,
menjadi titik permulaan yang menakutkan.
“Terima kasih kerana hidup dengan bahagia.” – Eshan
Yang benar, Luthfia sendiri sudah lupa bagaimana rasanya
bahagia. Kadangkala dia rasa harga untuk mendapatkan
kebahagiaan itu terlalu mahal untuk dia bayar.
“Awak masih ada perasaan pada saya ke?” – Eshan
“Saya hanya akan jawab soalan yang berkaitan dengan
kerja saja, Encik Eshan. – Luthfia
“Saya anggap jawapan awak, YA.” – Eshan
Masihkah perasaan itu sama seperti dulu? Jika masih sama,
mungkinkah dia mampu mencapai bahagia? Tapi bagaimana jika
harga untuk sebuah kebahagiaan itu adalah satu kebenaran yang
sangat perit?
Out of stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 13 × 3 × 20 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672803423 |
| Penerbit | IDEA KREATIF |
| Penulis | Nani Yuhanna |
| Tahun Terbitan | 2024 |