Search

RINGKASAN SAHIH BUKHARI – Pustaka Al-Ehsan

RM50.00

Ketahuilah bahawa kitab al-Jami’ al-Sahih karya imam para ulama hadith, Abu Abdullah Muhammad
Bin Ismail Bin Ibrahim al-Bukhari, merupakan kitab yang paling agung di dalam Islam dan yang paling
banyak memberi manfaat, setelah al-Quran. Hanya sahaja hadith-hadith yang diulangi beberapa kali di
dalamnya tersebar di berbagai bab. Dan jika pembaca ingin melihat hadith tersebut di bab mana sahaja,
sudah pasti ia hampir tidak menemukannya kecuali setelah melalui proses pemeriksaan yang panjang.
Adapun tujuan imam Bukhari dalam hal ini adalah kerana banyaknya jalan-jalan periwayatan hadith dan
ketenarannya. Sedangkan tujuan kita di sini adalah berpegang kepada asli hadith kerana telah diketahui
bahawa semua hadith di dalamnya berstatus sahih.
Imam Nawawi berkata di Mukadimah kitabnya, Syarah Muslim: “Adapun Bukhari, ia menyebut
berbagai sisi yang berbeza dalam bab-bab yang berbeza dan saling berjauhan. Kebanyakan darinya,
disebutkan olehnya di selain babnya yang difahami bahawa hadith-hadith itu lebih utama ditempatkan di
babnya. Dengan begitu, tentunya akan menyulitkan bagi penuntut ilmu untuk menghimpun seluruh jalan
periwayatannya dan mendapatkan kepercayaan terhadap semua yang disebutkannya berupa jalan-jalan
periwayatan hadith. la berkata: aku telah melihat sekelompok Hafiz hadith pada masa-masa sekarang, telah
melakukan kesalahan dalam hal ini. Ertinya, mereka menafikan periwayatan Bukhari terhadap sejumlah
hadith yang memang ada di dalam Sahihnya di selain tempat-tempatnya yang sudah difahmi.” Ini adalah
akhir yang disebutkan imam Muslim.
Semoga penerbitan kitab ringkasan Hadis Sahih Bukhari ini mendapat sambutan hangat dikalangan
umat Islam, dan semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat
Rasulullah SAW kelak. Amin.

2 in stock

Additional information

Weight 0.85 kg
Dimensions 19 × 6 × 26 cm
Berat

0.85

Format

Hardcover

ISBN

9789672299837

Jumlah Halaman

962

Penerbit

Pustaka Al-Ehsan

Penulis

Penterjemah: Zulfikar Arif Rahman

Tahun Terbitan

2021