RM28.00
Dalam Islam, Rasulullah SAW adalah seorang tokoh guru inovatif. Pelbagai
teknik kreatif dan inovatif pernah ditonjolkan baginda SAW dalam
kehidupannya. Impak pengajaran baginda bukan sahaja mengubah minda
cara fikir, bahkan turut mengubah kiblat hati yang bertunjangkan pemikiran
akidah. Hasilnya, pembangunan satu tamadun insan yang cukup hebat, tidak
mampu ditandingi oleh mana-mana ketamadunan moden yang lain,
selepasnya. Namun, itu semua sejarah. Apa gunanya sejarah jika hanya
menjadi cerita yang dihikayatkan. Ia tidak sepatutnya terhenti sekadar itu.
Sebaliknya sejarah itu patut dibaca dengan gah, menaikkan semangat
berkobar, meniup api jihad untuk terus maju ke depan, dan berterusan
sehingga mampu mendepani dunia pendidikan yang penuh cabaran. Dalam
konteks seorang guru, penghasilan inovasi pengajaran adalah antara kaedah
terbaik.
PROF. DATO’ DR. AB. HALIM TAMURI
Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Presiden Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM)
5 in stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 17 × 4 × 23 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672441069 |
| Jumlah Halaman | 154 |
| Penerbit | RIMBUNAN ISLAMIK MEDIA |
| Penulis | Khadijah Abdul Razak (PHD), Wan Ali Akbar Wan Abdullah |