Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu, hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat.” (Riwayat Abu Dawud, at-Tirmizi dan al- Baihaqi) Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian. Jadilah dan pilihlah sahabat yang bukan sahaja membahagiakan sahabatnya di dunia, bahkan membantu untuk sama-sama mendapat bahagia di akhirat sana.