Search

SAHABIAH: KISAH-KISAH WANITA HEBAT DI SEKITAR RASULULLAH SAW – Must Read

RM25.00

Semasa menyebarkan dakwah Islam, Rasulullah SAW bukan hanya dibantu oleh para sahabat lelaki, malah para isteri, anak-anak perempuan dan para sahabat wanita Baginda turut memainkan peranan penting: Mereka bersama-sama menyebarkan ajaran Islam bagi menyeru umat manusia mengesakan Allah SWT serta menghapuskan amalan jahiliah masyarakat Arab pada ketika itu.

Dalam urusan tertentu, sumbangan para sahabat wanita sangat luar biasa walaupun di medan pertempuran.
Ada dalam kalangan mereka yang menyertai pasukan perang, ada yang menjadi jururawat yang merawat anggota tentera yang cedera, malah ada yang menjadi perekod dan penyampai hadis Rasulullah SAW selepas kewafatan Baginda.

Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama adalah kisah para isteri Rasulullah SAW.
Bahagian kedua menampilkan kisah anak-anak perempuan Baginda, manakala bahagian ketiga adalah kisah para sahabat wanita. Semoga kisah perjuangan mereka menjadi teladan dan inspirasi buat kita masa kini.

3 in stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 13 × 2 × 19 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9789670078267

Jumlah Halaman

261

Penerbit

MUST READ SDN. BHD.

Penulis

Miftahul Asror Malik

Tahun Terbitan

2024