Search

SAKA – Karya Publika

RM28.90

DENDAM KESUMAT – AMRAN JAZEE
Kerana satu kesilapan kecil yang dilakukan telah mengubah haluan hidupnya. Dia
lelaki yang tidak punya apa-apa, tidak mempunyai masa depan. Insiden dengan anak
majikannya telah menyebabkan dia hilang kerja. Bukan sahaja kehilangan kerja malahan dia
dipukul dengan teruk, maruah dirinya dihina dan dia hampir mati.
Dendam pada majikannya semakin membarah. Demi sebuah dendam dia sanggup
melakukan apa sahaja. Jalan hitam menjadi pilihan, dia meminta bantuan saka yang hebat
untuk melunaskan dendam kesumatnya. Dikuasai sakanya dia membunuh keluarga Tengku
Halim tanpa belas kasihan. Di saat hasratnya hampir tercapai tiba-tiba seorang lelaki muncul
untuk menghalang niatnya membunuh Tengku Halim. Pertempuran sengit berlaku, sejarah lalu
mula terbongkar. Ada dendam yang lama bersarang, ada hasrat yang lama terhalang.
Demi sebuah dendam dia terjerumus ke lembah kehancuran.

GELORA – FITRI HUSSIN
Adam jatuh cinta sepenuhnya sebaik melihat Erliana secara bersemuka. Pada malam
dia melafazkan cintanya kepada gadis cantik itu, Amri, bekas kekasih Erliana dibunuh lembaga
yang menakutkan dan mati dalam keadaan mengerikan.
Adam dan Erliana mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan seorang anak
perempuan. Enam tahun kemudian pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan mula berlaku.
Beberapa kali Adam berjalan di dalam tidur sambil memegang gunting. Kata pak long, bapa
saudara Erliana yang mempunyai kelebihan mengubat, Adam dikuasai oleh saka keturunanya.
Solusi diberi tetapi Adam enggan menerima. Ketegangan berlaku. Erliana bimbang
dengan keselamatan dirinya dan Eryana.
Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang terjadi kepada Adam? Dapatkah Erliana
menyelamatkan dirinya dan Eryana?

SAKA SEBELAH RUMAH – EB REEZA

Mariani berasa pelik apabila jiran baru sebelah rumah mereka itu berpindah waktu
malam, Bukan sahaja tentang perpindahan mereka menjadi soal tetapi juga tentang keaktifan
mereka saat menjelang malam turut menjadi soal sehingga keluarga Mariani seringkali
mengintai aktiviti jiran sebelah rumah mereka itu.
“Mak tak pelik ke… Jiran kita tu pindah waktu malam mak bukan waktu siang. Sekian lama
rumah tu kosong, tiba-tiba mereka pindah malam hari.”-MARIANI
Benarkah tanggapan mereka bahawa jiran sebelah rumah mereka itu sebenarnya
adalah saka kerana aktiviti keluarga jiran mereka seringkali berjalan pada waktu malam dan
bukannya waktu siang, tambahan pula wajah mereka juga pelik dengan hiasan warna-warni.

5 in stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 15 × 3 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789672394358

Jumlah Halaman

411

Penerbit

Karya Publika

Penulis

Arman Jazee, Eb Reeza, Fitri Hussin

Tahun Terbitan

2023