Salahudin Al-Ayubi adalah
pemberani ulung. Tidak pernah
sesekali beliau rela Baitulmuqaddis
terus berada dalam tangan tentera
salib. Gerakan
ketenteraannya, yang
penuh strategi, dan
percaturan politiknya yang
bijak, berjaya menyatukan
negara-negara Islam.
Selepas Islam bersatu,
akhirnya satu demi satu tanah
jajahan tentera salib jatuh,
sehinggalah Baitulmuqaddis
berjaya dikembalikan
kepada Islam.