Buku ini datang dengan fokusnya tersendiri, iaitu refleksi.
Semua ruku qauli dan fe’li, yakni perkataan dan perbuatan,
telah saya kupas dengan dua lensa: satunya, lensa linguistik.
Saya hurai serba sedikit maknanya dari sudut bahasa dan istilah.
Dua, lensa reflektif. Saya huraikan juga bagaimana refleksi setiap rukun dan
bacaan terhadap diri kita sebagai hamba.