Search

SEJARAH & SALASILAH SYAIKH JUMADIL KUBRA – Crescent News

RM49.00

Buku ini memberikan fokus khusus kepada ‘shajarah’ seorang ahlul-bait Rasulullah yang masyur,
Sayyid Jamaluddin Hussain atau dikenali sebagai Syaikh Jumadil Kubra, nenek moyang kepada
ramai ulama, waliyullah dan raja-raja di rantau ini, termasuk anggota Wali Songo bermula abad ke 13
Masihi. Dapatan terbaru dari sumber primer Tanah Jawa, serta sumber Yunnan di China, dengan
pengesahan dari Naqobah Saadah Asyraf Pakistan dan Turkistan telah membawa kepada suatu kesimpulan;
Bahawa Syaikh Jumadil Kubra yang selama ini dianggap berketurunan daripada Ali al-Uraidhi binti
Imam Jaafar Sadiq, nenek moyang kepada Ahlul Bait Ba Alawi di Hadhramaut, Yaman yang salah
satu marganya dikenali sebagai al-Azamat Khan adalah pada dapatan terbaru bersusur galur kepada
putera Imam Jaafar Sadiq yang lain, iaitu Imam Musa al Kazhim yang mana keturunannya telah
menelusuri ‘Jalan Sutera’ dari Baghdad ke Bukhara ke Yunnan dan akhirnya muncul di Nusantara ini.
Antara nama-nama masyur terkait jalur ini adalah Laksamana Cheng Ho, Sayyid al-Ajjal Syamsuddin
Umar, anggota Wali Songo, umara dan ulama di Champa, Kelantan, Patani, Sulu, Brunei, Mindanao,
Palembang, Melaka dan ramai lagi.

Naratif sejarah mungkin berbeza, namun yang lebih penting adalah ianya tetap dalam rangkuman
khazanah keilmuan yang harus disyukuri dan diraikan, selain terus menggali artifak, ‘mentalfak’ dan
‘sosiofak’ sejarah bagi menambah rujukan sehingga berhasil mendekati kebenaran berkaitan peradaban
sebuah bangsa umat Islam di Nusantara ini. Semoga buku ini mampu menjadi ejan pemersatu kepada
umat Islam di Nusantara, atas kesedaran seketurunan, seagama, sewarisan dan seperjuangan. Semoga
karya ini mampu membawa penyatuan, ukhuwah dan kebaikan. Amiin ya Robbal ‘alamiin

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 3 × 22 × 29 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789674091958

Jumlah Halaman

189

Penerbit

CRESCENT NEWS

Penulis

Tim Naqobah Ansab Aulia Tis ah, TunSuzana Hj Othman

Tahun Terbitan

2025