Search

SEJARAH & SALASILAH SYAIKH JUMADIL KUBRA: EDISI KEDUA – Crescent News

RM49.00

Sollu ‘alan Nabiy
“Dan sungguh Kami tidak mengutusmu wahai Muhammad, melainkan untuk membawa rahmat
kepada seluruh alam.” (An-Anbiya’: ayat 107).

Buku ‘Sejarah dan Salasilah Syaikh Jumadil Kubra, Patriak Ulama, Waliyullah dan Raja-Raja Nusantara;
Suatu Penyelidikan Semula’ yang diterbitkan pada bulan Februari tahun 2025 baru-baru ini telah mendapat
sambutan yang luar biasa. Malah, buku ini telah pun ditransliterasi ke dalam bahasa Indonesia, dan kini
dalam proses untuk diterjemahkan ke bahasa Arab, bahasa Inggeris, serta transliterasi ke tulisan Jawi.

Apa yang lebih menggembirakan, buku ini turut mendapat perhatian daripada beberapa naqabah di
seluruh dunia kerana telah memberikan naratif baru salasilah Syaikh Jumadil Kubra, beralih daripada
konvension arus perdana, iaitu daripada marga kekeluargaan al Azamat Khan dari jalur Ba Alawi di
Hadhramaut, Yaman, kepada marga al Musawi dari jalur Imam Musa al Kazhim di Baghdad, Iraq.

Justeru, buku yang berada di haribaan tuan-tuan dan puan-puan ini merupakan edisi kedua, yang
mengemaskini, menambah baik serta memperkukuhkan edisi pertama dahulu dengan beberapa
maklumat terbaharu serta perkongsian beberapa gambar manuskrip yang relevan. Antara maklumat
penting pada edisi kedua ini adalah penilaian semula naratif hubungan Syaikh Jumadil Kubra dengan
Kesultanan Brunei-Sulu-Mindanao, termasuk juga kemasukan data baharu seperti hubungan
dengan Kesultanan Melaka, Singgora, Kedah dan lain-lain lagi.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Ketua Umum Naqabah Ansab Aulia Tis Ah Indonesia,
Kiai Ilzamuddin Soleh, buku ini tidak seharusnya berakhir dengan noktah, tetapi hanya dengan koma.
Ini kerana ia merangkumi salasilah kekeluargaan besar Syekh Jumadil Kubro yang merentasi zaman,
kaum, bangsa dan budaya. Maka keperluan untuk sentiasa menambah baik, mengemaskini serta
memperbanyakkan lagi kajian dengan data-data baharu harus terus berlaku dari masa
ke semasa, merangkumi para pengkaji yang ingin meneruskan kajian pada tema ini.

Apa yang paling penting, buku ini perlu dijadikan rujukan asas kepada sejarah dan salasilah
seorang ikon atau bapa peradaban Nusantara yang perlu dihayati, dihargai dan diambil iktibar,
sebagai bahagian daripada ‘rantaian emas’ kekeluargaan Ahlul Bait Rasulullah.

Selamat Membaca dan Wassalam.

Additional information

Weight 0.45 kg
Dimensions 22 × 2 × 28 cm
Berat

0.45

Format

soft cover

ISBN

9789674092016

Jumlah Halaman

206

Penerbit

CRESCENT NEWS

Penulis

Tim Naqobah Ansab Aulia Tis ah, TunSuzana Hj Othman

Tahun Terbitan

2025