RM49.00
Maafkan saya. Saya bersalah kerana menjadi penulis yang sering
memberitahu hal-hal yang menyedihkan tentang hidup. Pernah suatu
ketika pembaca bertanya, bagaimana mahu keluar dari luka? Saya
memberitahu: hidup dan luka ialah teman seiringan. Hidup hanyalah
perjalanan kita melalui luka demi luka. Tak ada jalan keluar.
Pembaca itu kaku mendengar jawapan saya. Kenapalah semudah itu saya
menjawab? Fikirlah dulu. Tapi begitulah saya. Saya tak mampu menjawab
apa yang saya tidak percaya.
Seperti buku ini. Maaf, sekali lagi saya memberitahu hal yang paling menyedihkan
tentang hidup. Bahawa hidup hanya sekadar pernah. Baik
orangnya, detiknya, sehingga ombak di pantai yang mengenai kaki kita itu pun,
hanya sekadar pernah. Tidak akan ada lagi ombak yang sama mengenai
kaki kita. Tidak ada!
5 in stock
| Weight | 0.25 kg |
|---|---|
| Dimensions | 13 × 2 × 19 cm |
| Berat | 0.25 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9786297722504 |
| Jumlah Halaman | 178 |
| Penerbit | TENTANG KITA. |
| Penulis | Hafizul Faiz |
| Tahun Terbitan | 2026 |