Search

SELL YOUR WAY TO THE TOP (edisi BM) – PTS

RM28.00

Sell Your Way to the Top memberikan panduan dan bimbingan tentang langkah tepat yang perlu dilakukan untuk mencipta kerjaya jualan yang menguntungkan dalam sebarang persekitaran atau industri dengan menambah baik proses perbualan jualan anda melalui soalan bermatlamat dan imej yang jelas.

Satu perempat bilion orang sudah melaksanakan strategi jualan Zig Ziglar dan memperoleh kejayaan cemerlang dengan meningkatkan prospek mereka, mengembangkan pangkalan pelanggan mereka dan seterusnya menjadi bintang jualan yang hebat. Kebijaksanaan dan kecerdasan Zig sudah membantu berjuta-juta jurujual mempelajari:

Cara berfikir seperti penjual dan pembeli untuk hasil yang luar biasa
Cara kejujuran dan kebaikan memberikan jualan
Kuasa paparan positif
Cara menggunakan berus cat lisan untuk menetapkan keadaan
Betapa pentingnya soalan dalam membuat jualan
Rahsia mencuba-dan-memuktamadkan-jualan yang benar-benar berkesan!
Kejayaan adalah gabungan ramuan khusus yang sama-sama membantu anda mencapai matlamat yang diinginkan. Menggunakan anekdot yang menarik dan strategi konkrit yang boleh diamalkan, Zig berkongsikan pelbagai ilmu berharga dunia jualan dalam Sell Your Way to the Top, termasuk:

Dua Puluh Lima Poin Jualan
Empat belas Pelajaran Jualan Kehidupan Sebenar
Enam Kunci Jualan
Jual Imaginasi
Menangani Bantahan
Memuktamadkan Jualan
Rahsia Penjualan Yang Berjaya
Yakinkan Diri Anda Tentang Penjualan

Sell Your Way to the Top bukan sahaja mencabar dan memotivasikan, ia turut memberikan kemahiran praktikal yang terbukti dapat membantu anda memuktamadkan jualan pada hari ini. Pada masa yang sama, anda akan turut dapat membina kolam pelanggan dan kerjaya jualan yang cemerlang pada masa hadapan. Sepanjang perjalanan, anda akan belajar cara mengubah kejayaan kepada kepentingan sehingga akhirnya anda sendiri berusaha untuk membantu orang lain mendapatkan apa yang mereka perlu dan inginkan.

Out of stock

Additional information

Weight 0.25 kg
Dimensions 15 × 2 × 24 cm
Berat

0.25

Format

soft cover

ISBN

9786297564692

Jumlah Halaman

176

Penerbit

PTS Publishing House

Penulis

Terjemahan: Fatimah Rodhiah Mohd Yusof, Haryanti Yahaya, Zig Ziglar

Tahun Terbitan

2023