RM24.00
“Shin diterima jadi mekanik kereta lumba yang diidamkan tu, mak.”
-OSHIN ELEENA
“Doktor Para ni maksudnya doktor yang terlatih dengan kemahiran
skil penerjunan dan ketenteraan sama macam anggota elit yang lain.
Sama-sama turun operasi.” – KAPTEN DOKTOR HAZIM
Masing-masing mempunyai ‘rasa’ antara satu sama lain. Namun, rasa
itu tak terluah dan terbiar sepi dimamah masa. Pertemuan majlis
perkahwinan abang Oshin, Sharimin, meyakinkan Hazim untuk
membuat keputusan.
Pinangan Hazim dirasakan sebagai ancaman besar yang
mengganggu-gugat usahanya mencapai impian hidup, menjadi doktor
pakar kereta. Namun, kemahuan keluarga menyatukan mereka buatkan
Hazim bertindak pantas menawan hati Oshin dengan janjinya.
Pertunangan dilangsungkan dengan tergesa-gesa sebelum pemergian
Oshin melanjutkan pelajaran ke Jerman.
Pelbagai onak duri percintaan yang dilalui Hazim dalam mengikat
Oshin dengan kasih dan cintanya. Kejauhan hanyalah jarak yang
memisahkan jasad, tapi tetap merapatkan dan menguatkan hati untuk
bersama. Dek terlalu sayang dan cinta pada Hazim, Oshin mahu
diputuskan pertunangan mereka semata-mata untuk memastikan
Hazim bahagia…
“Sekiranya nyawa Shin dah terbang, tunaikan harapan terakhir
Shin… Akak bawalah jenazah Shin balik. Shin nak dikebumikan di
sebelah kubur abah.”- OSHIN ELEENA
Pantang anak jantan menyerah sebelum berjuang. Hazim buat
keputusan menggempur Oshin di Jerman bersama Sharimin dan
isterinya, Meera. Dia perlu tahu sebab musabab mengapa perkahwinan
mereka dibatalkan. Alangkah terkejutnya mereka, melihat Oshin yang
menghidap kanser darah berjuang sendirian tanpa keluarga.
“Dan zalimnya Shin sebab sangsi pada abang. Abang cintakan Shin
Segala-galanya tentang Shin… Demi Allah…. Demi rasa cinta yang
dah terlalu lama abang pendam, abang nak kita disatukan segera.
-KAPTEN DOKTOR HAZIM
“No! Gila. Shin tak perlukan simpati sesiapa pun… Shin akan mati.
OSHIN ELEENA
“Abang pun.” -KAPTEN DOKTOR HAZIM
“Abang perlu bahagia.” – OSHIN ELEENA
Mampukah Hazim meyakinkan Oshin yang dia bersungguh denga
cintanya? Berjayakah misi AKU INGIN HIDUP yang menja-
matlamat hidup terbaru Oshin? Kuatkah kasih sayang dan cinta Hazi
memimpin Oshin untuk bersemangat memperjuangkan hid
matinya? Berdayakah Oshin menewaskan kanser dan seterusn
menjulang piala kehidupan yang diimpikannya selama ini?
1 in stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 17 × 4 × 22 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789674691479 |
| Jumlah Halaman | 485 |
| Penerbit | Karya Seni |
| Penulis | Hessa Widad |
| Tahun Terbitan | 2019 |