Search

SKUAD MODIFIGHT: REMAJA BERTANGAN BESI – Iman Publication

RM16.00

“Apa gunanya? Walaupun saya cuba, akhirnya gagal juga.

Saya … tak ada tangan macam orang lain.”

Rayyan – seorang remaja kudung bertangan besi sangat rajin dan suka membantu orang lain. Namun, apa yang dilakukannya sering saja membuatkan keadaan bertambah buruk.

“Saya tahu niat kamu baik; bagus kamu mahu menghulurkan tangan dan meringankan beban. Tapi, kamu kena sedar. Tangan kamu tak mampu untuk pikul beban-beban itu.”

Rayyan tersentak. Dia tahu, dia tidak seperti orang lain.

Sinar harapan mula muncul buat Rayyan apabila Prof. Dewi memperkenalkan mesin ciptaannya, SAKTI, yang mampu menukar DNA kepada kod digital. Secara teori, ciptaan itu membolehkan Rayyan untuk tumbuhkan semula tangannya!

Sebelum sempat mereka menggunakan SAKTI, tiba-tiba Crash muncul dari dunia maya dan mencuri SAKTI.

Siapakah Crash? Mampukah Crash menghalang Rayyan daripada ‘menumbuhkan’ kembali tangannya yang kudung?

Additional information

Weight 0.25 kg
Dimensions 15 × 3 × 20 cm
Berat

0.25

Format

soft cover

ISBN

97896297665078

Jumlah Halaman

96

Penerbit

IMAN PUBLICATION

Penulis

Anas Misran

Tahun Terbitan

2024