Search

Surat Cinta Untuk Pendosa – Tarbiah Sentap

RM30.00

Sahabatku…
Aku tahu, bukan mudah nak melupakan kisah silam.
Aku tahu, bukan mudah nak meninggalkan maksiat yang sering
menghantuimu siang dan malam.
Sehingga, pernah terdetik di dalam hatimu:
“Aku dah tiada harapan lagi untuk ke syurga…”
“Allah murka kepadaku…”
“Aku ini pasti diazab di dalam neraka!”
Hatimu merintih. Terasa sebak, sehingga air matamu mengalir
berkali-kali. Setiap hari, setiap malam. Tangisanmu, hanya kau dan
Dia sahaja yang tahu.
Pejamkan matamu, tarik nafasmu dan senyumlah.
Hakikatnya, Allah amat cintakan kau. Allah redha kepadamu. Allah
memahami segala isi hatimu. Allah terima segala linangan air mata
taubatmu. Allah dengar segala luahan dan rintihanmu.
Kasih sayang Allah kepadamu, lebih daripada kasih sayang seorang
ibu terhadap bayi kecilnya; seperti mana sang ibu tak tergamak
ingin
mencampakkan bayinya ke dalam api, seperti itulah Allah tak mahu
masukkan hambaNya ke dalam neraka.
Dia tak pernah jemu mengampunkanmu tika kau meminta ampun.
Dia tidak jemu menerima taubatmu ketika kau bertaubat.
Aku cuma ingin kau tahu, Allah amat sayangkanmu.
Malah, jika Allah detikkan hatimu untuk kembali, bermakna dia
amat menantimu untuk kembali.
Ku hadiahkan untukmu, SURAT CINTA UNTUK PENDOSA ini, agar
kau mula dekat denganNya, dan bahgia bersamaNya.

Out of stock

Additional information

Weight 0.7 kg
Dimensions 3 × 17 × 26 cm
Berat

0.7

Cetakan

2021

ISBN

9789672118244

Jumlah Halaman

369

Penerbit

Tarbiah Sentap

Penulis

Adnin Roslan