Search

SYARAH AL-WIRDUL LATHIF – Galeri Ilmu

RM15.00

AL-WIRD AL-LATHIF FI AZKAR ASH-SHABAH WA AL-MASA’ (Wirid Yang Ringan Tentang Zikir Pada Waktu Pagi Dan Petang) atau AL-WIRD AL-LATHIF adalah antara amalan yang disusun oleh Al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad al-Husaini al-Yamani.

Dinamakan Wirid Yang Ringan kerana ia mengandungi bacaan-bacaan seperti ayat Al-Qur’an, tasbih, tahmid, takbir, tahlil, basmalah, hauqalah, selawat dan doa yang ringan, ringkas dan mudah dibaca sama ada sekali atau 3 kali. Al-Imam al-Habib Abdullah al-Haddad sendiri melazimi bacaan wirid ini pada waktu pagi dan petang setiap hari.

Buku kecil ini menerangkan fadhilat dan kelebihan setiap bacaan dalam Al-Wirdul Lathif bersumberkan Al-Qur’an dan hadis Nabi Muhammad SAW. Antara fadhilat-fadhilat yang terdapat pada bacaan-bacaan dalam Al-Wirdul Lathif:

Menghilangkan kemarahan
Menghilangkan gangguan syaitan
Menghilangkan kesedihan dan melunaskan hutang
Menghilangkan kegelisahan berkaitan urusan dunia dan akhirat
Mendapat 1000 kebaikan dan dihapuskan 1000 kesalahan
Bacaan yang menggandakan pahala

3 in stock

Additional information

Weight 0.25 kg
Dimensions 14 × 2 × 21 cm
Berat

0.25

Format

soft cover

ISBN

9786297556123

Penerbit

Galeri Ilmu

Penulis

Ustaz Muhadir Haji Joll