Search

TANGISAN DI LANGIT KETUJUH – SNP Syafiq

RM30.00

KEMBARA LUKA MENYAPA ILAHI

“Luqhfi… Nanti kalau aku dah tiada dekat dunia ni lagi. jaga semua
aib aku ya? Lagi satu, aku nak kau tolong iring jenazah aku sampai ke
liang lahad. Aku takut takda orang yang sudi yfuskan jenazah
pendosa macam aku ni. Kalau bukan kau dan keluarga aku, siapa
lagi nak buat semua tu?” Tiba-tiba mulut ini bersuara meninggalkan
pesanan azimat buat sahabat tersayang.

“Apa yang kau mengarut lagi ni Raihan?! Jangan risaulah, kau tu baik
sangat. Pasti ramai yang akan bersama kau nanti. Lagipun. belum
pasti lagi antara kita siapa yang akan pergi dulu. Boleh jadi aku yang
pergi sebelum kau. Siapa sangka?”

Permulaan kehidupan yang diraikan atas jalan khianat kepada
Tuhan telah mengajar aku untuk redha menerima balasan.

Serpihan luka yang terpaksa aku lalui ini merupakan hadiah
istimewa daripada Tuhan. Aku hilang segala-galanya. Sampai satu
tahap, aku sedar bahawa hakikat hidup di dunia ini adalah seorang
diri.

Luqhfi meninggalkan Malaysia dan berada di bumi Eropah secara
tiba-tiba.

Qasehku Yasmeen mula berpaling tadah atas setiap ungkapannya.
Keluarga? Hanyalah boneka yang melengkapkan sifir hidup. Musnah!

Pemuda yang tak diundang sering menjelma sewaktu aku terlantar
di hospital. Apakah motif dia sebenarnya?

Fikiran sering meledak untuk mengetahui penyakit misteri yang
sedang aku lalui. Malangnya, semua merahsiakan daripada
pengetahuan aku.

Mengapakah semua ini terjadi? Adakah Tuhan sedang mendera aku?
Kesudahannya?

9 in stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 15 × 4 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789671583500

Jumlah Halaman

246

Penerbit

SNP SYAFIQ

Penulis

Syafiq Nasri

Tahun Terbitan

2018