RM30.00
“Aku abah dia!”
“Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak mengaku abah. Selama ini, ada abah
kisah pasal kami? Tak ada, kan?” Poji membentak, sinis.
***
Sejak pemergian ummi sejurus melahirkan Naura, hidup mereka sekeluarga
berubah. Poji terpaksa mengurus rumah dan menjaga adiknya. Abah pula
makin menjauh, seolah-olah tidak wujud. Hanya pulang ke rumah untuk
makan dan tidur sahaja.
Terbeban, Poji memberontak mahu keluar dari rumah itu hingga
membuatkan abahnya berang. Dek selalu tersepit dalam pergaduhan mereka,
Naura semakin hari merasakan dirinya dibenci dan dilihat beban pada
keluarga.
Hubungan antara Poji dan abah semakin tegang apabila Naura tiba-tiba
menghilangkan diri. Abah langsung tidak boleh diharap! – Itu yang Poji
rasakan. Sedangkan abahnya pula menyalahkan Poji kerana gagal menjaga
Naura.
Luka yang selama ini dipendam, membuatkan masing-masing menyakiti
tanpa sedar. Seandainya nyawa menjadi taruhan, masih adakah ruang untuk
Poji, abah dan Naura saling memaafkan kesakitan lalu?
Out of stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14 × 4 × 22 cm |
| Berat | 0.35 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672459668 |
| Jumlah Halaman | 462 |
| Penerbit | IMAN PUBLICATION |
| Penulis | Hasif Rayyan |
| Tahun Terbitan | 2023 |