Setiap hari, Al membantu manusia mencari maklumat,
menulis ayat, mengecam wajah, mencadangkan video,
menterjemah bahasa dan menjawab soalan
dalam beberapa saat.
Teknologi ini tidak berfikir seperti manusia, tetapi
boleh belajar daripada data dalam jumlah yang
sangat besar. Daripada corak kecil, Al boleh membuat
ramalan, memberi cadangan dan membantu
menyelesaikan masalah yang rumit.
Melalui 150 fakta menarik, buku ini membawa
pembaca memahami dunia Al dengan cara yang
mudah, jelas dan menyeronokkan.