RM25.00
Tidak pernah terlintas di fikiran Arya Darlina akan
berkahwin pada usia yang sangat muda. Dek kedegilan dan
kehidupannya yang terlalu sosial, dia tidak dapat menolak.
Terpaksa dalam rela, dia akur menjadi isteri kepada Luthfi
Hakimi.
Paling mencabar adalah apabila dia harus menerima
hakikat yang dia adalah ibu tiri. Gila! Diri sendiri belum
lurus,masakan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan anak-anak?
“Janganlah panggil mami. Macam tua aje panggil
macam tu. Panggillah sister.” – Arya
“Kenapa panggil sister pulak, Arya?”- Luthfi
“Biarlah! Arya tak bersedia lagi tau nak jadi ibu. Apa
salahnya panggil sister? Bukan wajib pun panggil
mami, mama, semua.” – Arya
Dek layanan dan sikap baik Luthfi, akhirnya bunga-bunga
cinta terbibit dalam hati Arya. Semakin hari hidupnya terasa
bahagia dan lengkap dengan suami dan anak-anak.
Naufal yang sudah lama memendam perasaan kepada Arya
tetap tidak berputus asa meskipun Arya sudah menjadi
milik lelaki lain. Tidak cukup dengan itu, Fiona juga datang
menagih kasih Luthfi. Kebahagiaan yang diimpikan
tergugat dengan pelbagai dugaan.
“Dulu Fiona, sekarang Arya pulak. Tak layak ke aku
untuk bahagia macam orang lain? Aku tak mintak
banyak. Aku cuma nak orang sayangkan aku seperti
aku sayangkan mereka. Tapi apa yang aku dapat?
Nothing!”-Luthfi
5 in stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 17 × 4 × 22 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672902027 |
| Jumlah Halaman | 561 |
| Penerbit | DEAR NOVELS |
| Penulis | Aalin Amily |
| Tahun Terbitan | 2020 |