Search

WHAT IF WE LOVE AGAIN – Idea Kreatif

RM34.00

“Don’t forget to include me…”

Zarra dan Adriel, pernah hidup dalam kisah cinta yang sempurna. Atau sekurang-kurangnya, itulah yang mereka percaya.

Namun, takdir dan ujian hidup telah meragut kebahagiaan mereka, meretakkan segalanya hingga hanya kepingan kenangan yang tersisa. Jurang mereka terlalu besar untuk dicantumkan semula dan akhirnya… Zarra kehilangan satu-satunya cinta yang pernah dia miliki. Dan dengan itu, seluruh dunianya turut musnah.

Sehingga sesuatu yang mustahil terjadi.

Dia kembali.

Satu hajat.

Satu peluang.

Satu cinta.

Dan jika dia harus menggunakannya semua untuk lelaki itu, dia rela. Walaupun takdir cuba mengambil Adriel daripadanya, dia berjanji yang dia akan mencari jalan, tidak kira berapa kali dia harus melawan masa bahkan melawan dunia sekali pun.

Tiba-tiba…

Zarra diberi peluang kedua. Tetapi adakah peluang ini akan mengubah segalanya, atau hanya membawa mereka menuju pengakhiran yang sama?

Dapatkah mereka mencintai sekali lagi apabila luka lama masih berbekas? Atau takdir hanya mahu menguji sejauh mana mereka sanggup berjuang.

“Find me. Across the world or even through time, find me. Make me remember again. Save me, save us… because I can’t.”

Takdir tidak pernah kejam. Hanya manusia yang sering lupa bagaimana untuk menerima takdir, dan dalam keengganan itu, mereka menjadi kejam terhadap diri sendiri.

5 in stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 14 × 3 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789672803751

Penerbit

IDEA KREATIF

Penulis

Moonlightlavh

Tahun Terbitan

2025