Search

YA ALLAH IZINKAN AKU KEMBALI – PTS

RM30.00

Ya Allah Izinkan Aku Kembali:

Mencari-Mu dan Menemui Diriku Sendiri

Pernahkah kita rasa jauh daripada Allah, walaupun dahi masih mencecah sujud dan lisan masih menitip doa? Seolah-olah ada tembok yang menghalang kemanisan iman; sedang kita tahu Allah tidak pernah jauh, hanya kitalah yang perlu mula melangkah.

Buku ini adalah sebuah rangkaian proses untuk pulang menemui ketenangan hakiki. la tidak datang untuk menghukum, tetapi menemani jiwa yang Lelah mencari jati diri sebenar. Intipati buku ini diadaptasi daripada karya agung empat imam besar sebagai panduan rohani yang membimbing kita melalui empat fasa transformasi jiwa:

Fasa Kesedaran: Menyingkap kelalaian hati dan muslihat dunia yang meragut ketajaman mata hati. (Sayd al-Khatir – Ibnu al-Jauzi)

Fasa Pemurnian: Membina semula hubungan dengan Ilahi melalui mujahadah serta kemanisan zikir dan tauhid. (Tasfiyat al-Qulub – Ibnu Juzay)

Fasa Penyembuhan: Merawat luka hati akibat dosa dan fitnah melalui penawar ilmu serta amal soleh. (Tibb al-Qulub – Ibnu al-Qayyim)

Fasa Persediaan: Mempersiapkan kesucian jiwa dan kemuliaan akhlak demi sebuah kepulangan yang indah ke sisi Ilahi. (Al-Zahr al-Fa’ih-Ibnu Al-Jazari)

Perubahan tidak perlu bermula dengan sempurna, cukup sekadar sebuah kejujuran. Kerana Allah sentiasa menunggu, dan langkah pertama untuk pulang… bermula di sini.

5 in stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 15 × 3 × 21 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9786294932319

Penerbit

PTS Publishing House

Penulis

Ibnu al-Jauzi, Ibnu Juzay, Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah, Ibnu al-Jazari

Tahun Terbitan

2026